Blogger Widgets

PERHATIAN TERKINI

PERHATIAN PENTING!: OLEH KERANA GAMBAR DILAMAN INI TELAH MENCUKUPI KUOTA, LAMAN INI TELAH DIARKIBKAN DAN AKAN DIJADIKAN SATU PAUTAN DARI LAMAN SKSB YG BARU (LAMAN SKSB YANG BARU IALAH DI http://skseribayupenang3.blogspot.com/. UTK MAKLUMAN ; LAMAN INI MENGANDUNGI BERITA SEKITAR MEI 2010HINGGA NOVEMBER 2012 SAHAJA. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

TAIP CARIAN ANDA DARI BLOG INI

LAGU RASMI SEKOLAH (KLIK "SIMBOL PLAY")

Friday, February 4, 2011

PERPUSTAKAAN BERGERAK DI SKSB


Pemandangan dalam perpustakaan













Perpustakaan Bergerak "berlabuh" di kawasaan sekolah












Dari sudut yang lain...








27 Januari (Khamis)
Perpustakaan bergerak telah "menjejakkan kakinya" buat pertama kalinya pada tahun ini ke dalam kawasan SK Seri Bayu pada jam 2.45 petang. Menurut pemandunya pada mulanya mereka menjangkakan akan berada di SKSB sekitar 2.30 petang setiap minggu . Namun disebabkan kesesakan lalu lintas, mereka terlambat sampai.

Mulai dari 27 Januari 2011 hingga akhir tahun bas Perpustakaan Bergerak akan berada di kawasan sekolah pada hari Khamis setiap dua minggu. Bas tersebut akan berada dari jam 2.45 hingga 3.45 minit petang. Murid dan guru dijemput untuk meminjam atau membaca buku dan majalah dari bas tersebut. Murid boleh meminjam buku dari bas tersebut dan perlu memulangkannya ketika bas itu datang semula dua minggu kemudiannya. Untuk meminjamnya mereka perlulah mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu.

Menurut Guru Perpustakaan, En. Shahrin, suatu surat memohon perkhidmatan bas Perpustakaan Bergerak telah dimajukan sejak bulan Ogos 2010 lagi. Namun perkhidmatan tersebut tidak dapat diadakan pada tahun lepas kerana kerosakan bas tersebut hingga akhir tahun . Menurut En. Shahrin lagi, pihak perpustakaan meminta perpustakaan bergerak beroperasi di situ pada setiap hari Rabu memandangkan pada setiap hari tersebut murid akan berada di sekolah seawal 2.30 petang kerana menantikan aktiviti ko-kurikulum di sekolah pada pukul 4.00 petang. Oleh kerana jadual perkhidmatan hari Rabu telah penuh, jadual operasi terpaksa dipinda pada waktu yang sama tetapi pada hari yang berikutnya.

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Tahniah. Pengisian blog yang menarik. Memberi cetusan idea untuk upgrade blog sekolah saya = http://pss-jelawat2.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen.berbanyak maaf kerana lambat respon.Sy terlepas pandang.ternyata laman web sekolah saudari lebih hebat, eksklusif dan kreatif. saya sekadar secara tak langsung hanya belajar sendiri utk bina blog. rasanya bny yang boleh saya pelajari dari saudari. Saudari juga dijemput ke facebook sekolah saya alamat: albumsksb, terima kasih kerana sudi komen....

      Delete

TVSKSB TERKINI-SUASANA KETIKA MENERIMA KEPT. UPSR